ape itu ORANG UTAN?
dalam kate simple lah kan, orang utan tu adalah 'APE' atau 'MANUSIA HUTAN'. dalam kata saintifik pula, orang utan lebih dikenali sebagai Pongo pygmaeus. kebanyakan orang utan terdapat di hutan paya bakau di Borneo dan Sumatera. orang utan boleh dikatakan menyerupai manusia kerana mereka memiliki 97% DNA manusia dan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dilakukan manusia. orang utan juga sangat menyayangi anak mereka (boleh dikatakan jauh lebih baik daripada mereka yg membuang bayi di dalam tong sampah & sewaktu dengannya). orang utan merupakan spesies yg PEMALU tapi MESRA.
tidakkah ade sedikit rasa simpati kepada MAKHLUK yg mempunyai pelbagai persamaan dengan MANUSIA ini ? Mereka juga makhluk yg memerlukan habitat, makanan , (senang kata, KEPERLUAN ASAS) untuk meneruskan kehidupan mereka untuk memelihara zuriat mereka. Apekah yg mahu diceritakan kepada GENERASI MENDATANG, ANAK CUCU CICIT kita? adakah sekadar GAMBAR yg menunjukkan pada suatu waktu dahulu terdapat spesies MAKHLUK bergelar ORANG UTAN? begitu? apa pula mahu dijawab jika ditanya akan KEMANAKAH makhluk2 ini pergi? apakah tiaada sedikit oun rasa SALAH? KASIHAN? IHSAN? MALU pada diri kita? Oleh itu, marilah bersama sama kita MEMELIHARA dan bersama sama MELINDUNGI haiwan istimewa ini dari terus diancam kepupusan yg dilakukan oleh MANUSIA DURJANA yg tidak tahu erti TERIMA KASIH yg hanya MEMENTINGKAN KESENANGAN mereka sendiri.
MAHU MEMBANTU?
YA ! sudah pasti masih terdapat manusia yg masih mempunyai hati dan perasaan serta BERPERIKEMANUSIAAN. kita masih boleh menghulurkan bantuan dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Antaranya :
- DI SEKOLAH : guru boleh menerangkan akan kepupusan haiwan ini yg semakin kritikal dan menanamkan sikap ingin membantu haiwan ini dari terus diancam kepupusan.
- DI RUMAH : para ibubapa yg masih mempunyai hati dan persaan kepada kesengsaraan haiwan ini sepatutnya bersama anak2 mereka boleh bersama2 menghulurkan bantuan.
- MEDIA MASSA : media massa merupakan faktor penting yg boleh membantu meningkatkan populasi orang utan. Kempen2 bagi menyelamatkan orang utan boleh dpertingkat bagi menambah kesedaran sivik dan keprihatinan masyarakat tentang betapa seriusnya masalah ini.
- PIHAK KERAJAAN SERTA BADAN2 NGO : dengan kehadiran mereka, pastinya masalah ini dapat diringankan. hukuman yg wajar dan denda yg setimpal harus diberikan kepada pembalak2 haram yg terus menerus membalak habitat orang utan ini. begitu juga kepada pmburu2 haram yg masih tidak sedar akan ancaman yg diberikan mereka kepada orang utan ini.
- Bagi mereka yg BERMINAT untuk MENGHULURKAN BANTUAN bolehlah menderma kepada :
- BAGI MAKLUMAT LANJUT TENTANG ORANG UTAN
http://www.orangutan-appeal.org.uk
http://www.SaveTheOrangutan.co.uk






















No comments:
Post a Comment